Wednesday, September 16, 2020

Pahala Membelanjakan Harta Si Mati

 Assalamualaikum,


Minta sedikit penjelasan mengenai perkara berikut;


apakah sampai perbelanjaan harta kepada simati yg dikeluarkan setelah meninggal.


Cth membeli saham wakaf atas nama simati.


Jazakallah


*************

kamin

Panel Feqh


wa'alaikumussalam


Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan Zubayr_72 dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.


Imam Nawawi rh. mengatakan sepakat ulama' mengatakan bahawa amalan harta boleh sampaikan ganjarannya kepada si-mati, InsyaAllah.


Dari Abu Hurairah ra, :-


أَنَّ رَجُلا قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : إِنَّ أَبِي مَاتَ وَتَرَكَ مَالا وَلَمْ يُوصِ ، فَهَلْ يُكَفِّرُ عَنْهُ أَنْ أَتَصَدَّقَ عَنْهُ ؟ قَالَ : نَعَمْ .

"Telah datang seorang lelaki dan berkata kepada Nabi saw : Bapaku telah mati dan meninggalkan harta, akan tetapi dia tidak membuat wasiat. Adakah boleh mngkifaratkannya jika saya melakukan sedekah bagi pihaknya? Baginda menjawab : YA". [Hadith Riwayat Muslim #1630].


Dari A'isyah ra. :-


أَنَّ رَجُلا قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : إِنَّ أُمِّيَ افْتُلِتَتْ نَفْسُهَا ( أي : ماتت فجأة ) ، وَإِنِّي أَظُنُّهَا لَوْ تَكَلَّمَتْ تَصَدَّقَتْ ، فَلِي أَجْرٌ أَنْ أَتَصَدَّقَ عَنْهَا ؟ قَالَ : نَعَمْ

"Telah datang seorang lelaki dan berkata kepada Nabi saw : Sesungguhnya ibuku tiba-tiba mati dan aku rasakan jika aku bercakap dengannya dia akan memberikan sedekah, Apakah aku mendapat ganjaran jka aku memberi sedekah bagi pihaknya. Baginda menjawab : YA" [Hadith Riwayat Muslim #1004]


Imam Nawawi ketika mensyarahkan hadith ini (Sharh Muslim) mengatakan :-


وَفِي هَذَا الْحَدِيث جَوَاز الصَّدَقَة عَنْ الْمَيِّت وَاسْتِحْبَابهَا , وَأَنَّ ثَوَابهَا يَصِلهُ وَيَنْفَعهُ , وَيَنْفَع الْمُتَصَدِّق أَيْضًا , وَهَذَا كُلّه أَجْمَعَ عَلَيْهِ الْمُسْلِمُونَ

"Didalam hadith ini menunjukkan bahawa dibenarkan memberi sedeah bagi pihak si-mati dan mustahab (digalakkan) hukumnya, ganjaran akan sampai kepada si-mati dan memunafaatkannya, dan ia juga memberi munafaat kepada orang hidup yang melakukan sedekah. Ini adalah Ijma' seluruh Ulama."


Kesimpulannya, hukumnya boleh memunafaatkan harta si-mati dan sampai ganjarannya. WA.


Sekian, wassalam

No comments:

Post a Comment

Sebutan Takaballahu mina wa minkum

 Salam kepada panel al-ahkam @ rakan2.... kalu kita perasaan setiap kali hbs solat berjemaah dan setiap kali habis berjemaah imam dan makmum...