Tuesday, September 15, 2020

Meningga Dunia

assalamualaikum.....maaf kalau soalan ini sia sia....saya ingin bertanya apa pandangan pihak al-ahkam....perkataan ini....Contoh "Adzman sudah pergi meninggalkan kita.....ALLAH lebih sayangkan dia<----adakah orang yg mati dahulu lebih disayangi allah....atau bagaimana?itu sahaja assalamualaikum


*************

g@y@t


Salam


Umat Islam adalah digalakkan utk mengucapkan takziah. Galakan ini membawa kpd hukum sunat berdasarkan firman Allah swt dan hadis2 Nabi saw. Antaranya adalah:


Allah berfirman dalam surah 5 ayat 2 yg bermaksud:

“Bertolong-tolonganlah kamuatau berbuat baik dan takwa.”


Dari Imran bin Hazm ra katanya bahawa Rasulullah saw bersabda, “Tidak ada seorang mukmin pun yg bertakziah kpd saudaranya krn satu musibah yg menimpanya melainkan Allah azza wa jalla akan memberinya pakaian drpd pakaian penuh kemuliaan pd hari kiamat.”[HR Ibn Majah dan Baihaqi. Imam Nawawi mengatakannya; isnad hasan]


Adapun mengenai ucapan takziah, tiaklah ia terbatas dgn satu2 lafaz selagi ia tidak bercanggah dgn syara’. Hanya saja yg terbaik adalah ucapan yg diajarkan oleh Rasulullah saw. Antaranya lihat dalam UR berikut:

http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2002/ic3_2002.htm


Manakala ucapan yg sdr nyatakan iaitu “….Allah lebih sayangkan dia.” Tidaklah terdapat dalam sbrg hadis Nabi saw setakat yg saya ketahui. Persoalannya, adakah ia bercanggah dgn syara’? Saya mengatakan, ia tidaklah salah, ttp ia kurang tepat dgn hakikat sebenarnya. Krn mengatakan orang mati muda itu lebih disayangi Allah berbanding mereka yg mati tua tidaklah benar 100%. Kalaulah kita menggunakan teori ini, bermakna ulama’2 yg meninggal dunia dalam lingkungan usia 70 ke atas itu kurang disayangi Allah berbanding org muda yg mati dalam melakukan maksiat. Sedangkan ramai lagi org alim dan warak yg meninggal dunia ketika usia tua. Walaupun begitu, tidaklah salah krianya kita mengatakan “….Allah lebih sayangkan dia” itu sebagai doa dan harapan, semoga Allah benar2 menyayangi si mati. Sekian. WA.



Wassalam


RUJUKAN


Al-Azkar

Imam Nawawi


Funerals: Regulations & Exhortations

By Muhammad al-Jibaly

Works Compilation by Albani(al-ahkam al-janaiz) and others


****************

kamin

Panel Feqh


Assalamu'alaikum


Alhamdulillah. Terima kasih Ustaz Gayat. Sebetulnya ialah orang yang mati dahulu atau kemudian adalah kerana masanya telah sampai (tamat tempoh hidup didunia). Allah swt lebih mengetahui kedudukan hambanya disisinya. Firman Allah swt :-


وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ فَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ لَا يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً وَلَا يَسْتَقْدِمُونَ

"Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun dan tidak dapat pula mereka didahulukan. "-[al-A’raaf 7:34].


Adalah sunnah mengucapkan takziah kepada keluarga simati. Diantara ucapan yang boleh kita ucapkan :-


لله ما أخذ ولله ما أعطى

"Kepada Allah empunya apa yang diambil, dan kepada Allah empunya apa yang dia beri". WA.


wassalam


No comments:

Post a Comment

Sebutan Takaballahu mina wa minkum

 Salam kepada panel al-ahkam @ rakan2.... kalu kita perasaan setiap kali hbs solat berjemaah dan setiap kali habis berjemaah imam dan makmum...