Wednesday, September 16, 2020

Sebutan Takaballahu mina wa minkum

 Salam kepada panel al-ahkam @ rakan2.... kalu kita perasaan setiap kali hbs solat berjemaah dan setiap kali habis berjemaah imam dan makmum berzikir dan berdoa bersama.. dah hbs bc doa imam akan sebut takobbalah hu minkum, makmum jwb ....minna waminkum takobbal yakarim.. sebenarnya dr mana asal sebutan n...?? nabi and para sahabat pernah sebut ke?? sekian...maaf sekiranya soalan ulangan..


********************

Abu_Umair

Panel Feqh


بسم الله

والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد


- Setakat pengetahuan kami, bacaan berupa doa ini yang sering diamalkan di negara kita selepas selesai upacara zikir dan doa jamaie selepas solat, tidak dinukilkan daripada Nabi SAW.


- Maksud ucapan 'Taqabballahu Minkum' ialah: "Semoga Allah menerima amalan daripada kamu". Tidak salah berdoa dengan ucapan ini, sebagaimana doa-doa yang lain juga. Cuma menjadikan ia sebagai satu amalan khas selepas setiap kali solat adalah tidak menepati sunnah, dan mungkin disalahfahami bahawa ia suatu tuntutan syarak.


- Mungkin asal bacaan ini selepas selesai solat, kerana qiyas kepada ucapan seumpama ini yang diucapkan oleh salaf pada hari Raya bersempena selesainya ibadah puasa Ramadhan. Ucapan tersebut dinamakan sebagai ucapan Tahniah. Terdapat beberapa athar dan hadis berkenaan ucapan tahniah pada hari raya. Adapun selepas solat, tiada hadis berkenaan dengannya.


Wallahu A'lam.


Potong Kaki Haruskah Ditanam

 Salam


Baru-baru ni saudara ana kakinya di potong akibat kencing manis,soalannya:


1-perlukan kaki yg di potong itu di di mandikan,di kapankan dan disolatkan.

2-Apabila si empunya kaki meninggal pula adakah wajib dikebumikan bersama kakinya yg telah dipotong atau buleh jenazahnya ditanam ditempat lain



**************

Abu_Umair

Panel Feqh


بسم الله

والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد


1- Anggota badan manusia yang dipotong ketika hidupnya dengan apa sebab sekalipun, tidak perlu dimandi dan disembahyangkan padanya. Cukup dengan membalutnya dengan sebaiknya, kemudian dikebumikan samada di tanah perkuburan atau mana-mana tempat yang sesuai. Tidak boleh dibuang di kawasan pembuangan kerana syarak memuliakan anak Adam samada ketika hidup atau selepas mati.


2- Tidak diwajibkan untuk dikebumikan jenazahnya di tempat kakinya itu. Wallahu A'lam.


rujukan:

- Majmuk Nawawi 5/254

- Fatawa Lajnah Daemah no: 11266


Doa Angin Ahmar

 doa angin ahmar..ada ke tidak doa tuh..sbb ada cerita kita kena baca sekurang-kurangnya sekali seumur hidup untuk elak sakit angin ahmar...mita penjelasan



*************************

al-jawhar

Panel Feqh


Bismillahi wal hamdulillah ,


Al-jawab :


Sepanjang pengetahuan dan pencarian kami , tidak ditemui asal usul doa angin ahmar yang menjadi pegangan sebahagian masyarakat melayu.


Doa ini sememangnya di amalkan oleh masyarakat melayu dengan tujuan supaya serangan angin ahmar dapat dielakkan lantaran penyakit tersebut yang cukup digeruni serta amat berbahaya.


Apa yang kami temui ialah riwayat-rimayat doa angin ahmar dalam kitab-kitab perubatan melayu yang setelah diteliti ianya tidak sahih dan merupakan rekaan semata-mata.


Maka kesimpulannya , adalah lebih baik jika kita memohon kepada Allah swt dengan doa-doa yang memang thabit dari Sunnah Rasulullah saw dalam menghindari serangan apa jua penyakit dan musibah.Ini kerana beramal dengan sunnah Rasulullah saw adalah suatu perkara yang lebih baik.


WA

Buka Ikatan Kafan Ketika Kembumi Jenazah

 Assalamualaikum,


Adakah menjadi satu sunnah drp nabi untuk membuka semua ikatan kain kapan semasa mayat diletakkan dalam liang lahat seperti yang menjadi kebiasaan dilakukan oleh masyarakat Malaysia.

Boleh datangkan dalil yang menyokong perkara ini.


JKK


WA



***************************************

Postby Abu_Umair »


بسم الله

والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد


Meleraikan ikatan kain kafan ketika memasukkan mayat ke dalam kubur termasuk dalam perkara sunat di sisi sebahagian ulama, dan diriwayatkan dalam beberapa atsar salaf.


Antara dalil bagi amalan ini ialah hadis Ma'qil bin Yasar:


لما وضع رسول الله صلى الله عليه و سلم نعيم بن مسعود في القبر نزع الأخلة بفيه


Maksudnya: Ketika Rasulullah Sallallahu Alahi Wasallam meletakkan Nuaim bin Masud ke dalam kubur, baginda mencabut ikatan-ikatan.

(Direkod dalam Musannaf Ibn Abi Syaibah, no 11668 Sunan Baihaqi no: 6505, dinilai dhaif oleh Albani dalam Silsilah Dhaifah, no: 1763).


hadis ini dihukum munkar kerana di dalam Musannaf Ibn Abi Syaibah dijelaskan bahawa jenazah tersebut ialah Nuaim bin Mas'ud Al-Asyja'ie. Sedangkan sahabat ini wafat pada zaman pemerintahan Ali (Al-Isabah oleh Ibn Hajar).


Walaubagaimana pun, perbuatan meleraikan ikatan jenazah di dalam kubur diamalkan oleh ramai salaf.


Antaranya:


Abdullah bin Imam Ahmad berkata: Seorang adikku yang kecil mati. Ketika aku meletakkannya di dalam kubur, dan ketika itu ayahku (Imam Ahmad) berdiri di tepi kubur- beliau berkata kepadaku "Wahai Abdullah, leraikan ikatan-ikatannya". Lalu aku meleraikannya". (Masail Imam Ahmad).


Di dalam Musannaf Ibn Abi Syaibah, direkodkan amalan ini daripada beberapa salaf antaranya Abu Hurairah, Ibrahim Al-Nakhaie, Amir Al-Sya'biy, Al-Dhahhak, Hasan Basri, dan Ibn Sirin.


Kata Al-Albani, "...Atsar-atsar daripada sesetengah tabieen yang tidak lepas daripada kedhaifan, namun himpunan atsar tersebut memberikan ketenangan dalam diri bahawa perbuatan meleraikan ikatan di dalam kubur adalah amalan yang diketahui di kalangan salaf".


Kata Ibn Qudamah, "Manakala meleraikan ikatan-ikatan daripada sisi kepala dan kakinya, ia adalah sunat. Kerana ikatan tersebut dibuat kerana bimbang ia terlerai. Dengan pengkebumian, ia tidak lagi dibimbangi". (Al-Mughni 2/191).


Wallahu A'lam.


Di Mana Tempat Ruh Orang Yang Meninggal

 saya nk tau, selepas mati, kemanakah roh kita akan pergi?jasad mmg ada dlm tanah, tp roh org mati akan berada di mana dan sehingga bila. Yg saya tau selepas mati, mmg x timbul da isu roh ni, kita mmg xde contact dah dgn roh org mati ke apa ke.kepercayaan ramai org yg roh dtg balik or bleh berkomunikasi dgn roh tu adakah ianya benar? , tetapi bagaimana pula ada org yg blh melihat hulubalang or pendekar yg masih bertapa di gunung2 yg dipercayai hidup sehingga beratus tahun sejak zaman sultan melaka?

sekian



*************************************

Postby kamin »

Wa’alaikumussalam.


Kami akan cuba menjawab soalan ini dengan kadar kemampuan yang ada, In Sya Allah.

Apabila seseorang itu mati, maka rohnya akan dibawa kepada satu alam yang dinamakan alam al-bazakh. Secara bahasa, barzakh bermaksud pemisah (sila lihat surah al-Rahman ayat 20). Ia bermaksud suatu peringkat atau tempat persingahan diantara satu penghidupan dan penghidupan yang lain selepas kematian. Ia merupakan penghidupan selepas mati dan Hari Kiamat. Firman Allah swt :-

وَمِنْ وَرَائِهِمْ بَرْزَخٌ إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ

“….sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).” (al-Mukimin ayat 100)

Disana mereka akan disoal dua malaikat, Munkar dan Nakeer. Penghidupan disana amat berbeza dengan penghidupan di dunia. Didalam sahih Bukhari ada menjelaskan mengenai azab didalam alam al-barzakh berbeza menurut dosa yang mereka kerjakan.

Mengenai apakah orang hidup dapat mengetahui penghidupan di dunia? Syeikh Faizal Mawlawi, Naib Pengerusi Majlis Fatwa Eropah mengatakan bahawa orang yang mati tidak tahu menahu mengenai apa yang berlaku pada orang hidup, kerana dia berada didalam alam yang berbeza. Walaubagaimana pun diriwayatkan bahawa orang mati dapat merasai tapak kaki mereka yang berjalan diatasnya. Diriwayatkan bahawa Nabi :saw melihat manusia didalam perigi, yang merupakan mayat orang yang tidak beriman yang terbunuh didalam Perang Badar dan bersabda : “Adakah anda berjumpa kebenaran mengenai apa yang Tuhan janjikan kepada kamu? Umar ra bertanya : Anda bertanyakan kepada orang yang sudah mati, Nabi :saw bersabda : Mereka mendengar lebih baik dari kamu, akan tetapi mereka tidak boleh menjawab” [hadith al-Bukhari].

Jelas didalam hadith ini bahawa orang yang berada didalam kubur tidak boleh berkomunikasi dengan orang yang masih hidup. Firman Allah swt :-

وَمَا أَنْتَ بِمُسْمِعٍ مَنْ فِي الْقُبُورِ

“dan (engkau wahai Muhammad) tidak dapat menjadikan orang-orang yang di dalam kubur mendengar (dan menerimanya).” [ Surah Fatir, 22].


Mengenai hulubalang atau pendekar yang dikatakan masih hidup bertahun-tahun itu sudah pasti ia bukan Roh. Kalau ia merupakan roh-roh yang dapat keluar dari Alam barzakh, sudah tentu panglima2 ini tidak akan bertapa, tetapi terus menemui manusia untuk menjelaskan kepada mereka mengenai Azab Kubur yang sangat pedih itu. Apa yang dianggap roh panglima itu merupakan Qarin-Qarin (JIN) yang telah ditinggalkan oleh ttuannya. Anda boleh melayari tautan dibawah untuk penjelasan lebih lanjut.

SJ-01-0071: Qarin.

SJ-01-0130: Pendamping - Roh atau Jin?

Kalaulah roh-roh ini boleh kita temui, alangkah bagusnya kita dapat diketemukan dengan roh2 Nabi :saw dan para sahabat. Sudah tentu banyak pertumpahan darah dapat dielakkan, banyak persoalan agama, terutamanya hadith dapat diselesaikan. Tidak timbul lagi hadith lemah dan palsu. Tiada lagi wujud isu-isu bid’ah dsb. Semuanya boleh dirujuk kepada roh Nabi :saw. Cuba kita fikir-fikirkan………

Sekian, wassalam


Keliru Tentang Doa Makan

 Salam, artikel di bawah saya ambil dari satu blog, tolong berikan pandangan tentang artikel ini. Adakah betul seperti yg di maksudkan kata-kata dibawah ini, terima kasih.


------------------------------------------------------------------------


Berdoa Selepas Makan Kecuali Ketika Berbuka Puasa

Dalam Islam, doa sebelum makan hanya dibaca ketika berbuka puasa.


Ketika memulakan makan selain daripada berbuka puasa, Rasulullah s.a.w. hanya membaca “Bismillah….” dan berdoa selepas makan (doa memuji Allah yang memberikan makanan).



Diriwayatkan hadith dari Abi Said al-Khudri (r.a) berkata: ‘Adapun Nabi s.a.w. ketika sudah selesai makan dan ketika telah selesai minum, Baginda membaca (doa) “Alhamdulillahillazi at’amana, wa-saqona, wa-ja’alana minal muslimin’ [Maksudnya: Segala pujian bagi Allah yang memberikan aku makan dan memberikan aku minum dan menjadikan aku orang Islam.' [Hadith at-Tirmidzi]


Doa seperti “Allahumma bariklana fima razaktana” sepatutnya dibaca selepas makan kerana “razaktana” bermaksud “telah memberi rezeki”. Bahasa yang digunakan adalah dalam bentuk “past tense” (telah memberi rezeki dan rezeki itu telah masuk ke dalam perut). Berdoa sebelum makan adalah amalan orang Kristian. Mereka membaca doa kesyukuran sebelum makan dan mereka berdoa “Dear God, we thank you for the food”


******************************************

Postby kamin »


Wa’alaikumussalam


Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.


Do’a sebelum makan yang jumhur mengatakan ia dibaca sebelum makan salah satunya adalah dari hadith :


إذا أكل أحدكم الطعام فليقل: " بِسم الله، فإن نسي في أوله فليقل: بِسمِ الله في أوله وآخره

“Apabila seseorang dari kamu memakan makanan maka hendaklah dia berkata : Bismillah, dan jika dia lupa membaca pada awalnya, hendaklah dia berkata : Bismillah fi Auwalihi wa Aakhirihi” [Hadith Riwayat Abu Daud, al-Tirmudzi].


Selain dari do’a ini, ada beberapa do’a yang dikhilafkan ulama kedudukan do’anya (sebelum atau selepas makan). Contohnya :


من أطعمه الله الطعام فليقل: اللهم بارك لنا فيه وأطعمنا خيراً منه

“Barangsiapa yang diberi makan oleh Allah dengan makanan maka hendaklah dia berkata : Ya Allah berkati kami dengannya, dan berilah kami makan yang lebih baik darinya” [Hadith Riwayat al-Tirmudzi].


Sebagai contoh Dr. Saed bin Ali bin Wahf Al-Qahthani meletakkan do’a ini dalam topik Do’a sebelum makan [lihat Hisnul Muslim, do’a # 179, ms 109]. Manakala Imam al-Nawawi rh meletakkan do’a ini didalam Bab : Apa yang hendak dibaca setelah selesai makan [lihat al-Azkar, ms 212. Dar Ma’rifah, Beirut].


Tidak benar mengatakan bahawa Do’a sebelum makan itu adalah amalan orang Kristian. Walaupun ia hanyalah perkataan Bismillah (seperti hadith pertama diatas), ia tetap do’a. Hanya kebetulan sahaja orang-orang Kristian berdo’a sebelum makan. Kita tidak boleh menolak amalan-amalan Islam dengan hanya beralasankan ia bersamaan dengan agama lain.


Tidak benar juga mengatakan secara umum bahawa kaifiat membaca do’a itu dibuat kerana (verb) fa’ilnya menunjukkan telah berlaku (past tense) . Sebagai contoh, do’a sebelum berbuka juga mengandungi perbuatan yang telah berlalu (past tense), misalnya :


ذَهبَ الظَّمأُ، وابتلَّت العروقُ وثَبَتَ الأجرُ إنْ شاء الله

“Telah pergi kehausan, urat-urat telah basah, telah tetap pahalanya, dengan izin Allah”


Do’a yang menggunakan fa’il madhi (past tense) adakalanya menunjukkan penegasan. Misalnya :


من كان آخر كلامه لا إله إلا الله دخل الجنة

“Barangsiapa yang pada akhir kalamnya berkata : Tiada Tuhan melainkan Allah, masuk syurga” [Riwayat Abu Daud dan al-Hakim].


Perkataan “Dakhala” bermaksud “Telah masuk”. Mana mungkin orang yang hampir mati ucapkan kalimah tauhid sudah masuk syurga,tetapi ia menunjukkan penegasan bahawa barangsiapa yang berkata “Lailahailallah” pasti masuk syurga dengan izin Allah.


Kesimpulannya, berdo’a sebelum makan memang wujud didalam Islam, iaitu yang mashyur bacaan Bismillah. Boleh juga membaca do’a-do’a lain itu sesudah berbuka atau sesudah makan sebagaimana yang dianjurkan oleh Imam Nawawi rh. WA.


Sekian, wassalam

Bacaan Dalam Solat Jenazah

 salam


nak tnya ada tak dalil mengenai bacaan2 warid dari nabi semasa selang antara takbir solat jenazah (takbir yg 4 tu)


***************

Abu_syu'aib

Panel Feqh


الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وبعد


Pada takbir yang pertama membaca surah al-fatihah


لحديث أبي أمامة بن سهل قال: السنة في الصلاة على الجنازة: أن يقرأ في التكبير الأولى بأم القرآن مخافتةً، ثم يكبر ثلاثاً والتسليم عند الآخرة. أخرجه النسائي (صحيح سنن النسائي 1880)


Abu Umamah bin Sahl berkata: sunnah di dalam solat jenazah: membaca pada takbir yang pertama dengan Ummul Quran secara sir (perlahan) kemudian bertakbir 3 kali dan salam pada takbir yang terakhir.


Takbir yang kedua berselawat ke atas Nabi. Dan takbir ketiga doa untuk jenazah


فعن أبي أمامة أنه أخبر رجل من أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم: أن السنة في الصلاة على الجنازة أن يكبر الإمام، ثم يقرأ بفاتحة الكتاب بعد التكبير الأولى سراً في نفسه، ثم يصلي على النبي صلى الله عليه وسلم ويخلص الدعاء للجنازة في التكبيرات (ثلاث). أخرجه الشافعي في الأم، والشيخ الألباني في أحكام الجنائز.


Daripada Abu Umamah bahawasanya dia memberitakan seorang lelaki dari kalangan sahabat Nabi s.a.w. telah memberitahu: sunnah di dalam solat jenazah ialah Imam bertakbir kemudian membaca Fatihah selepas takbir yang pertama, kemudian berselawat ke atas Nabi s.a.w. dan diakhirkan dengan doa untuk jenazah pada takbir yang ketiga.

Inilah serba ringkas tentang bacaan2 pada takbir-takbir solat jenazah.


Boleh dirujuk di dalam kitab Ahkam al-Janaiz oleh Syeikh al-Albani yang juga telah diterjemahkan kedalam b. Melayu.

Doa Wehdah

 Salam


Moga dirahmati Allah...

1) Mohon bantuan pihak panel pamerkan teks doa wehdah dan terjemahannya...

2) Apakah keperluan dan situasi untuk membaca doa ini???

Sekian, terima kasih.

Wassalam

_________________
al-jawhar
Panel Feqh

Bismillahi wal hamdulillah ,

Al-JAwab :

Berikut adalah teks arab dan terjemahan doa al-Wehdah :

لا إله إلاّ الله
إلهاً واحداً و نحن له مسلمون


لا إله إلاّ الله
و لا نعبد إلاّ إيّاه
مخلصين له الدين
و لو كره المشركون


لا إله إلاّ الله
ربّنا و ربّ آبائنا الأوّلين


لا إله إلاّ الله
وحده وحده وحده
أنجز وعده
ونصر عبده
وأعزّ جنده
وهزم الأحزاب وحده


فله المُلكُ و لهُ الحمد
يحيي و يميت
و يميت و يحيي
و هو حيٌّ لا يموت


بيده الخير
و هو على كلّ شيءٍ قدير


الله أكـــبر


Tiada Tuhan yang disembah selain ALlah
Tuhan yang Maha Esa
dan kami berserah kepadaNya
Tiada Tuhan yang disembah selainNya
kami tidak menyerah selain kepadaNya
kami mengikhlaskan tunduk kepada Nya
walaupun dibenci oleh org musyrik
Tiada Tuhan selain Allah
Tuhan kami dan Tuhan nenek moyang kami
yang terdahulu

Tiada Tuhan yang disembah selain Allah
Tuhan yang Esa,Tuhan yang Esa,Tuhan yang Esa
Dia telah menunaikan janjiNya
Dia telah memenangkan hambaNya
Dia telah memuliakan tenteraNya
dan Dia telah mengalahkan musuhNya berseorangan

Bagi ALlah segala kerajaan,bagi segala pujian
Dia yang menghidupkan dan mematikan
Dia yang mematikan dan menghidupkan
sedangkan Dia Maha Hidup dan tidak mati
Dalam segala kekuasaan dan kebajikan
dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu
ALlah Maha Besar

____________________________________

Doa ini merupakan suatu penyaksian dan pengagongan kita kepada kekuasaan Allah swt.Kita meyakini dan kita mengakui akan kebesaran Allah swt.Maka ianya boleh dibaca pada bila-bila saja dan dalam apa jua situasi dan keadaan.


WA

Pasca Kematian Ibu dan Bapa

 salam untuk semua,


saya baru sahaja kehilangan ayah yang saya sayangi pada hari selasa lepas ekoran daripada serangan jantung. oleh yang demikian, saya ada beberapa soalan yang berkaitan dengan hal tersebut.


1. apakah amalan yang paling baik untuk dilakukan oleh saya sebagai anak lelaki untuk saya sedekahkan kepada arwah bapa saya?


2. sebelum arwah meninggal dunia, saya telah memberitahu arwah yang saya akan pulang pada hujung minggu arwah meninggal tersebut untuk menjenguknya. namun begitu ajal arwah telah sampai sebelum sempat saya pulang. ketika mana saya terfikirkan hal itu, saya berasa teramat sedih, bersalah kerana terlalu mementingkan kerja, terkilan kerana belum sempat membalas jasa2 arwah terhadap saya, sehingga menitiskan air mata. apakah amalan yang patut saya lakukan dalam keadaan sekarang? unt pengetahuan anda, saya sering menghadiahkan bacaan yasin pada sebelah malam, dan sedekahkan zikir kepada arwah setiap kali selepas solat. tetapi perasaan sedih masih tidak dapat saya atasi.


3. arwah ada sedikit harta dalam bentuk tanah dan wang tunai kepada kami adik beradik untuk kami faraidkan mengikut hak. saya ingin tahu apakah yang boleh saya lakukan dengan wang pusaka arwah, supaya pahala daripada amalan keatas wang tersebut, boleh saya sedekahkan kepada arwah?


4. adakah dibolehkan dari segi syarak, sekiranya saya berdoa untuk bertemu dengan ayah saya dalam mimpi?


5. mungkin soalan saya ini berbunyi sedikit jahil, tp saya inginkan penjelasan daripada anda yang lebih arif. adakah kita berpeluang untuk bertemu dengan arwah bapa/ibu dihari kiamat nanti?


segala kerjasama dari pihak al-ahkam saya dahului dengan ucapan terima kasih.


wassalam.


******************

kamin

Panel Feqh


Wa’alaikumussalam


Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.


Soalan 1 – Insya-Allah, sebagai seorang anak, anda boleh melakukan kebajikan kepada bapa yang telah meinggal dunia. Imam Nawawi mengatakan ulama’ sepakat mengatakan ganjaran DO”A, Sedekah harta dan Haji sampai kepada si-mati.


Dari Abu Hurairah ra, :-


أَنَّ رَجُلا قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : إِنَّ أَبِي مَاتَ وَتَرَكَ مَالا وَلَمْ يُوصِ ، فَهَلْ يُكَفِّرُ عَنْهُ أَنْ أَتَصَدَّقَ عَنْهُ ؟ قَالَ : نَعَمْ لأ


"Telah datang seorang lelaki dan berkata kepada Nabi : Bapaku telah mati dan meninggalkan harta, akan tetapi dia tidak membuat wasiat. Adakah boleh mngkifaratkannya jika saya melakukan sedekah bagi pihaknya? Baginda menjawab : YA". [Hadith Riwayat Muslim #1630].


Dari A'isyah ra. :-


أَنَّ رَجُلا قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : إِنَّ أُمِّيَافْتُلِتَتْ نَفْسُهَا ( أي : ماتت فجأة ) ، وَإِنِّي أَظُنُّهَا لَوْ تَكَلَّمَتْ تَصَدَّقَتْ ، فَلِي أَجْرٌ أَنْ أَتَصَدَّقَ عَنْهَا ؟ قَالَ : نَعَمْ


"Telah datang seorang lelaki dan berkata kepada Nabi : Sesungguhnya ibuku tiba-tiba mati dan aku rasakan jika aku bercakap dengannya dia akan memberikan sedekah, Apakah aku mendapat ganjaran jka aku memberi sedekah bagi pihaknya. Baginda menjawab : YA" [Hadith Riwayat Muslim #1004]


Imam Nawawirh ketika mensyarahkan hadith ini (Sharh Muslim) mengatakan :-


وَفِي هَذَا الْحَدِيث جَوَاز الصَّدَقَة عَنْ الْمَيِّت وَاسْتِحْبَابهَا , وَأَنَّ ثَوَابهَا يَصِلهُ وَيَنْفَعهُ , وَيَنْفَع الْمُتَصَدِّق أَيْضًا , وَهَذَا كُلّه أَجْمَعَ عَلَيْهِ الْمُسْلِمُونَ


"Didalam hadith ini menunjukkan bahawa dibenarkan memberi sedekah bagi pihak si-mati dan mustahab (digalakkan) hukumnya, ganjaran akan sampai kepada si-mati dan memunafaatkannya, dan ia juga memberi munafaat kepada orang hidup yang melakukan sedekah. Ini adalah Ijma' seluruh Ulama."


Walaubagaimanapun, mereka berselisih pendapat mengenai apakah bacaan al-Quran sampai kepada si-mati atau pun tidak? Ada yang menyatakan bahawa berdo’a selepas membaca al-Quran akan sampai pada si-mati, dimana bagi mereka perbuatan ini masih lagi didalam kerangka do’a. (Dr Ahmad Syurbasi, (Yasalunaka fi al-Din wa al-Hayah, 5/123).


Soalan 2 : Usahlah anda meneruskan kesedihan itu, kerana peluang berjasa kepada mereka masih ada. Anda masih boleh membalas jasa-jasa bapa anda dengan melakukan amalan diatas; seperti berdo’a agar Allah mengampunkan dosa-dosanya dan merahmati dia, lakukan sedekah diatas nama beliau, dan jika bapa belum menunaikan Haji, anda boleh melakukan Haji bagi pihaknya (Lihat soal-jawab berkenaan dengan Badal Haji).


Soalan 3 : sebagaimana yang kami nyatakan diatas, sedekah HARTA atau WANG boleh dibuat diatas nama bapa anda, dan ulama’ sepakat bahawa pahalanya akan sampai kepada si-mati, Insya-Allah.


Soalan 4 : Sebaik-baiknya, lebih elok anda berdo’a agar Allah swt mengampun dan merahmati bapa anda.


Soalan 5: Insya-Allah, mereka yang tidak mensyirikkan Allah akan bertemu keluarga mereka didalam Syurga, walaupun setelah diazab di neraka, sebagaimana yang dinyatakan didalam hadith Bukhari #7440, Kitab al-Tauhid. Firman Allah swt :-


جَنَّاتُ عَدْنٍ يَدْخُلُونَهَا وَمَنْ صَلَحَ مِنْ آبَائِهِمْ وَأَزْوَاجِهِمْ وَذُرِّيَّاتِهِمْ وَالْمَلَائِكَةُ يَدْخُلُونَ عَلَيْهِمْ مِنْ كُلِّ بَابٍ


“Iaitu Syurga yang kekal yang mereka akan memasukinya bersama-sama orang-orang yang mengerjakan amal soleh dari ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta anak-anak mereka; sedang malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu;” [al-Ra’d :23].


وَالَّذِينَ آمَنُوا وَاتَّبَعَتْهُمْ ذُرِّيَّتُهُمْ بِإِيمَانٍ أَلْحَقْنَا بِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَمَا أَلَتْنَاهُمْ مِنْ عَمَلِهِمْ مِنْ شَيْءٍ كُلُّ امْرِئٍ بِمَا كَسَبَ رَهِينٌ


“Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam Syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal-amal mereka; tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya.” [al-Thoor :21]


Sekian, wassalam

Marhaban

 Assalamualaikum ustaz,


Harap ustaz terangkan mengenai marhaban yang diadakan oleh segelintir masyarakat dari sebuah rumah ke rumah yang lain dalam bulan Syawal. Tuan rumah menyediakan jamuan dan wang.


Terima kasih.



**************

al-jawhar

Panel Feqh


Salam...


Apa yang dapat kami sebutkan disini ialah amalan bermarhaban dari rumah ke rumah yang dilakukan oleh segelintir masyarakat Melayu adalah amalan yang tiidak ada sandarannya di zaman Rasulullah saw....


Yang jelas ialah masyarkat melayu amat sinonim dengan istilah berkat terhadap sesuatu perkara. Perbuatan bermarhaban tersebut dilakukan dengan tujuan untuk mendapatkan keberkatan atas perbuatan tersebut dan memberikan keberkatan pula kepada tuan yang empunya rumah yang mengizinkan diadakan majlis marhaban....


Saranan kami ialah , tidak perlulah dilakukan majliis tersebut , apatah lagi yang dibacanya bukan lah pula terdiri daripada ayat-ayat Al-Quran yang boleh memberikan keberkatan kepada pembacanya , malah terdapat juga unsur-unsur membebankan tuan rumah kerana adanya majlis jamuan dan duit yang mesti diberikan kepada kumpulan marhaban tersebut sebagai saguhati.


WA

Haul dan Ratib

 Salam,


Apakah haul dan ratib seperti ratib haddad?

Apakah ia amalan Nabi atau sahabat?

Apakah ia sunnah atau bidah atau harus?



********************

al-jawhar

Panel Feqh


Bismillahi wal hamdulillah ,


Al-Jawab :


Secara ringkas , setiap amalan zikir atau doa yang memang berasal dari Rasulullah saw, adalah dituntut untuk kita mengamalkannya.


Berdasarkan kepada pengetahuan kami yang sedikit dan melalui individu-individu yang terlibat dengan ratib al-haddad ini , ianya disusun oleh Abdullah bin Alawi Al-Haddad bagi menunaikan permintaan salah seorang murid beliau , Amir dari keluarga Bani Sa’d yang tinggal di sebuah kampung di Shibam, Hadhramaut. Tujuan ‘Amir membuat permintaan tersebut ialah bagi mengadakan suatu wirid dan zikir untuk amalan penduduk kampungnya agar mereka dapat mempertahan dan menyelamatkan diri daripada ajaran sesat yang sedang melanda Hadhramaut, Yaman ketika itu.


Daripada doa-doa dan zikir-zikir karangan beliau, Ratib Al-Haddad lah yang paling terkenal dan masyhur. Ratib yang bergelar Al-Ratib Al-Syahir (Ratib Yang Termasyhur) disusun berdasarkan inspirasi, pada malam Lailatul Qadar 27 Ramadhan 1071 Hijriyah (bersamaan 26 Mei 1661).


Ratib ini juga cukup popular dikalangan puak-puak sufi yang terdapat di sekitar Hadramaut , Yaman.


Ratib ini dimulai dengan bacaan al-Fatihah yang di ‘sedekah’kan kepada Rasulullah saw dan juga ditutup dengan bacaan al-fatihah yang di ‘sedekah’kan juga kepada Muhammad ibn Ali Ba’alawi, dan kepada asal-usul dan keturunannya, dan kepada semua penghulu dari keluarga bani ‘Alawi , kepada semua penghulu ahli Sufi , dan juga kepada Al-Habib Abdullah ibn Alawi Al-Haddad.


Suatu perkara yang perlu diingati dan menjadi kebiasaan wirid dan doa yang disusun oleh seseorang ulama atau tokoh Islam, terutamanya tokoh-tokoh sufi ialah, yang mana didalamnya mungkin terdapat unsur-unsur pujian dan pengagongan kepada tokoh tersebut yang boleh menjadikan para pengikutnya ta’asub kepada pemimpin tersebut.


Apa yang penting bagi kami ialah , ambillah dan amalkanlah seberapa banyak pun zikir dan doa yang datangnya dari Nabi saw agar ianya bersesuaian dan bertepatan dengan kehendak Islam.....


WA

Tutup Cermin Waktu Kematian

 Assalamualaikum ustaz,


Ada tuanrumah yang cover cermin-cermin muka/mirror di rumah dengan kain semasa ada jenazah. Saya tidak bertanya mengapa. Harap ustaz jelaskan hukum melakukannya.

Terima kasih


************

al-jawhar

Panel Feqh


Bismillahi wal hamdulillah ,


Al-Jawab :


Kami tidak menjumpai saranan dari Rasulullah saw supaya menutup cermin-cermin muka ketika terdapatnya jenazah dalam rumah tersebut.Apa yang kami temui ialah ianya merupakan amalan orang tua-tua dahulu yang beranggapan bahawa , cermin hanya digunakan oleh simati ketika hidupnya sahaja…Apabila telah mati , cermin tersebut tidak berguna lagi kerana mengikut kepercayaan kuno masyarakat hindu , ruh atau “hantu” tidak boleh melihat dirinya dalam cermin.


Maka untuk menjaga hati dan perasaan serta bagi menghormati ruh tersebut , setiap cermin muka dirumah simati tersebut perlulah ditutup.


Perbuatan tersebut mengikut syarak adalah dilarang kerana ianya adalah perbuatan yang tidak dilakukan oleh Rasulullah saw serta dianggap sebagai satu perbuatan khurafat yang menyalahi syarak.


WA

Riwayat Terpisahnya Ruh Dari Badan

 Salam


Saya ingin tahu kesahihan kata2 Rasulullah s.a.w & Firman Allah Azza Wajalla ini serta maklumat2 dlm artikel ini.terima kasih.


Tanda-Tanda Saat-Saat Kematian


a) 100 hari : Seluruh badan rasa bergegar.


b) 60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.


c) 40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.


d) 7 hari : Mengidam makanan.


e) 5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.


f) 3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.


g) 2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.


h) 1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh and asar.


i) Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan) Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhirsekali, mengucap dalam keadaan qiam and jangan lagi bercakap-cakap.


******Bila Malaikat Mencabut Nyawa******


Baginda Rasullullah S.A.W bersabda:

"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnyamelalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh daridadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: "Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yangberiman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat teruspandangannya kepada sayap Jibrail A.S." Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya. Dari sebuah hadis bahawa apabila ALLAH S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikanlidahnya berzikir kepada ALLAH S.W.T."


Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada ALLAH S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. LaluALLAH S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah ALLAH S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: "Tidak ada jalan bagimu untukmencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki inisentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan ALLAH." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada ALLAH S.W.T. Kemudian ALLAH S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah ALLAH S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma ALLAH S.W.T. Sebaik saja melihat Asma ALLAH dan cintanya kepada ALLAH S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang. Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergisetelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:"Roh itu menuju ketujuh tempat:-


1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.

5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.

7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat." Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompokmanusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-


1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah. Sekian untuk ingatan kita bersama. Wassallam.


***********************

thtl


Wassalam


al-Jawab:


Artikel junk. Layak utk dibakulsampah aje. Mana ada orang mati hidup balik dan menceritakan detik2 100 harinya. kemungkinan dicipta oleh mereka yang menyeru kepada tahlil arwah, hari ke 3, 5, 40 dan kenduri ke 100 kematian. Tidak asalnya dalam agama. Apa jua artikel yang contentnya pelik, maka jika tidak ada referensi, maka jauhilah dia kerana ia dikarang oleh zindik. WA

Hadis Amalan Sebelum Tidur

 Salam


Saya temui beberapa hadith Bukhari dan Muslim yang berlainan dan harap tuan dapat menerangkan yang mana yang lebih baik untuk diguna dan dihujjah.


Pertama, amalan Mengumpulkan dua tapak tangan. Lalu ditiup dan dibacakan Qul huwal-lahu ahad, Qul a’uudzu birabbil falaqi dan Qul a’uudzu birabbin naas. Kemudian dengan dua tapak tangan mengusap tubuh yang dapat dijangkau dengannya. Dimulai dari kepala, wajah dan tubuh bagian depan, ia diulang sebanyak tiga kali.


Hadith lain pula menyebut bahwa Rasulullah صلی الله عليه وسلم ketika ingin tidur, baginda menggabungkan kedua tangannya, meludah sedikit pada keduanya, membaca ayat Kursi, Mu'awwidzatain, al-Kafirun, al-Ikhlash tiga kali, kemudian baginda mengusap bagian depan tubuhnya dengan keduanya, mulai wajahnya, lehernya, dadanya, perutnya, dan kedua kakinya.


Yang ke dua pula ialah amalan tasbih, tahmid dan takbir. Adakah tasbih 33 kali, tahmid 33 kali dan takbir 33 kali juga atau tasbih 33 kali, tahmid 33 kali dan takbir 34 kali.


Dan yang ke tiga ialah antara dua doa ini:


بِاسْمِكَ اللَّهُمَّ أَمُوْتُ وَأَحْيَا


atau

بِاسْمِكَ اللَّهُمَّ ُ َأَحْيَاوأَمُوْت


جَزَاكَ اللهُ خَيْرًا


****************

al-jawhar

Panel Feqh


Al-Hamdulillah…..


Al-Jawab ,


Kesemua hadis yang disebutkan oleh saudara di atas adalah bertaraf sahih , sebagaimana berikut :


Quote:

Pertama, amalan Mengumpulkan dua tapak tangan. Lalu ditiup dan dibacakan Qul huwal-lahu ahad, Qul a’uudzu birabbil falaqi dan Qul a’uudzu birabbin naas. Kemudian dengan dua tapak tangan mengusap tubuh yang dapat dijangkau dengannya. Dimulai dari kepala, wajah dan tubuh bagian depan, ia diulang sebanyak tiga kali.


Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam ( الدعـــوات ) Bab “al-Ta’auwuz dan bacaan ketika tidur” (11/129) no : 6319


Quote:

Hadith lain pula menyebut bahwa Rasulullah صلی الله عليه وسلم ketika ingin tidur, baginda menggabungkan kedua tangannya, meludah sedikit pada keduanya, membaca ayat Kursi, Mu'awwidzatain, al-Kafirun, al-Ikhlash tiga kali, kemudian baginda mengusap bagian depan tubuhnya dengan keduanya, mulai wajahnya, lehernya, dadanya, perutnya, dan kedua kakinya.


Untuk hadis ini saya tidak menjumpai kaedah Rasulullah saw berludah sedikit pada kedua tapak tangan.Walaubagaimana pun terdapat hadis yang lain yang menceritakan tentang suruhan membaca ayat al-Kursi ketika mendatangi tempat tidur iaitu yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari (8/672) hadis no : 5010


Begitu juga dengan amalan membaca surah al-kafirun sebelum tidur yang mana dengan membacanya akan menyelamatkan si pembaca daripada bahaya syirik sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari (7/391) hadis no : 3363 , Imam Ahmad dalam musnadnya : (5/456) , Abu Daud (4/313) hadis no : 5055 .


Quote:

Yang ke dua pula ialah amalan tasbih, tahmid dan takbir. Adakah tasbih 33 kali, tahmid 33 kali dan takbir 33 kali juga atau tasbih 33 kali, tahmid 33 kali dan takbir 34 kali.


Hadis ini pula diriwayatkan oleh Bukhari dalam ( الدعـــوات ) bab “Takbir dan tasbih” (11/123) hadis no : 6318 , dan juga diriwayatkan oleh Imam Muslim pada kitab ( الــذكر والدعــاء ) bab “Bacaan Tasbih di awal hari” (4/80/2091) hadis no : 2727.


Hadis ini sebenarnya adalah menceritakan bagaimana Rasulullah saw menenangkan keresahan Saidatina Fatimah ra yang ingin mencari Khadam sebagai pembantunya dengan mengatakan bahawa amalan membaca tasbih , tahmid dan takbir sebanyak 33 kali ketika hendak tidur adalah lebih baik daripada khadam.


Quote:


Dan yang ke tiga ialah antara dua doa ini:



بِاسْمِكَ اللَّهُمَّ أَمُوْتُ وَأَحْيَا


atau

بِاسْمِكَ اللَّهُمَّ ُ َأَحْيَاوأَمُوْت



Hadis ini diriwayatkan Imam Bukhari dalam ( الدعـــوات ) bab “Apa yang diucapkan ketika tidur” (11/117)hadis no : 6312 dan juga diriwayatkan oleh Imam Muslim pada kitab ( الــذكر والدعــاء ) (4/59/2083) hadis no : 2711


Berbalik kepada persoalan saudara tentang yang mana satu lebih baik diamalkan ialah apa yang penting , apabila kesemua hadis yang tersebut di atas adalah sahih ,maka bolehlah kita mengamalkan mana-mana daripada hadis-hadis tersebut mengikut kesesuaian masa dan tempat.Ini kerana , hadis-hadis tersebut adalah sahih dan thabit dari amalan Rasulullah saw sendiri atau saranan Rasulullah saw kepada para sahabat radhiallahu anhum ajma’in.


Berbeza keadaannya , jika berlaku pertembungan sesuatu amalan antara hadis sahih dan dhoif , maka sudah tentulah yang perlu didahului dan diamalkan ialah amalan yang bersandarkan kepada hadis atau dalil-dalil yang sahih.



WA


Perihal Berdoa

 Salam


dah cuba cari threadnya tapi tak dapat:-


1) Difahami bahawa do'a setelah solat memerlukan pujian kepada Allah & selawat ke atas nabi ketika mula dan tutup do'a. Bagaimana pula dengan do'a selepas tashahud akhir (sebelum salam), perlu buka & tutup dgn pujian & selawat juga ke?


2) Apakah hukum menelangkupkan tangan ketika berdoa tolak bala? Saya pernah terbaca fatwa dari jbtn mufti N9 yg membolehkan sedemikian atas hujah antaranya dgn dalil drpd sahih muslim #896 (kalau tak silap) bahawa Nabi saw telangkup tangan ketika berdo'a sewaktu hujan lebat/ribut.


Bukankah perbuatan nabi tu khusus ketika hujan ribut sahaja dan bukan utk setiap kali berdoa (bid'ah)?


***********

kamin

Panel Feqh


wa'alaikumussalam


Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab ini dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.


1. Adalah digalakkan bagi sesiapa yang ingin berdo'a memulakan dengan memuji Allah dan berselawat keatas Nabi saw . Diantara hadithnya :-


Riwayat dari Fadaalah ibn 'Ubaid ra. bahawa Nabi saw bersabda :-


إِذَا صَلَّى أَحَدُكُمْ فَلْيَبْدَأْ بِتَحْمِيدِ اللَّهِ وَالثَّنَاءِ عَلَيْهِ ، ثُمَّ لْيُصَلِّ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، ثُمَّ لْيَدْعُ بَعْدُ بِمَا شَاءَ

"Apabila salah seorang dari kamu berdoa, mulakan dengan memuji Allah, kemudian hendaklah dia berselawat keatas Nabi saw, kemudian mintalah apa yang dia mahukan" [Hadith Riwayat al-Tirmudzi #3477]


Bagi do'a selepas bacaan Tashahud akhir dan sebelum memberi salam, tidak pula ada petunjuk yang menyatakan perlu memuji dan berselawat keatas Nabi saw. Jika dilihat pada isi kandungan Tashahud akhir, ia juga mengandungi puji-pujian kepada Allah dan selawat sebagaimana riwayat Bukhari 4/178.


2. Menterbalikkan tangan ketika berdo'a merupakan kaedah yang Nabi saw lakukan pada solat istisqa'. Sebagaimana yang kita jelaskan diatas, do'a merupakan ibadat, dan ia memerlukan petunjuk dari Nabi saw. Walaubagaimanapun, terdapat dikalangan ulama' yang berpegang kepada pandangan yang membolehkan membalikkan tangan ketika menolak bala' .


Berikut kami petikkan jawapan didalam Soal-Jawab yang lalu :-


SJ - 2835 : tangan diterbalikkan ketika berdoa:


Dalil menunjukkan membalikkan tangan semasa berdo'a


Disana terdapat dalil yang menunjukkan membalikkan tangan semasa berdo'a, sebagaimana menurut Sheikh Atiyah Saqr :


قال ابن حجر في الفتح: قال العلماء: السُّنَّةُ في كل دعاء لرفع بلاء أن يرفع يديه جاعلاً ظهر كفيه إلى السماء، وإذا دعا بحصول شيء أو تحصيله أن يجعل بطن كفيه إلى السماء. وكذلك قال النووي في شرح صحيح مسلم، حاكيًا لذلك عن جماعة من العلماء. وقيل:الحكمة في الإشارة بظهر الكفين في الاستسقاء دون غير التفاؤل بتقلب الحال كما قيل في تحويل الرداء "المرجع السابق".

"Berkata Ibnu Hajar didalam Al-Fath Bari : Berkata ulama' : Sunnah setiap kali berdo'a menghindar bala' mengangkat tangannya menjadikan belakang tangan mengadap ke langit (terbalik), jika berdo'a untuk mendapat sesuatu hasil maka jadikan tapak tangan mengadap langit. Begitulah yang dikatakan oleh Imam Al-Nawawi didalam syarah Sahih Muslim, dan berkata dikalangan kumpulan ulama. Kata mereka : Hikmah mengisyaratkan belakang tapak tangan apabila memohon air hujan tanpa selainnya hanyalah optimistik berubahnya keadaan sebagaimana diperingkat didalam bertukar posisi kain sibai, merujuk kepada nas sebelum ini. "


--------------

Pandangan Rumah Fatwa Saudi


Didalam fatwa bernombor 3907 dari al-Lajnah al-Daa’imah li’l-Buhooth al-‘Ilmiyyah wa’l-Ifta, ulama'-ulama'nya menyebut :


السنة أن يجعل بطون يديه إلى السماء وظهورهما إلى الأرض؛ لما روي أن النبي صلى الله عليه وسلم :

إذا سألتم الله فاسألوه يبطون أكفكم، ولاتسألوه بظهورها

"Adalah Sunnah menjadikan tapak tangan mengadap ke langit dan belakang kedua-dua tangan mengadap ke bumi, sebagaimana yang diriwayatkan dari Nabi saw :


Apabila kamu memohon kepada Allah, maka hendaklah kamu lakukan dengan kedua tapak tangan kamu, jangan kamu memohon dengan menggunakan kedua belakang tangan kamu" - (hadith riwayat : Abu Daud 2/164-165 bernombor 1485,1486, Ibnu Maajah 1/373, 2/1272, Al-Hakim 1/536, Al-Baihaqi 2/212 dan lain-lain). "


Sekian, wassalam

Hukum Kembumi Jenazah Di Waktu Malam

Salam


Apakah hukum (thabit dengan hadith) jika kita kebumikan jenazah waktu malam?..dalam agama jika seseorng itu meninggalkan kita disuruh supaya disegerakan diuruskan jenazah tersebut terutamanya yang telah uzur...minta penjelasan panel2 al-ahkam utk menjwb?


jazakallahukhir Razz


****************

thtl


wsm


alJawab:


Boleh saja. Bahkan Imam-imam al-Muhaddith spt Bukhari ada bab khusus yang bertajuk " ad-Dafn bil Layl' maksudnya perihal mengubur (jnazah) pada malam hari). pada fasal ini Imam Bukhari meriwayatkan hadith Nabi saw pernah menguburkan jenazah pada malam hari dan Abu Bakar assiddiq ra pun dikuburkan pada malam hari (sahih alBukhari, kitab al-Janaiz, bab adDafn bil Layl)


Komentar Imam Nawawi, pensyarah sahih Muslim, larangan menguburkan mayyat di malam hari jika berlaku perkara2 berikut, antaranya: tidak ada orang yang bersolat atasnya, atau sedikit bilangan pesolatnya atau kain kafan yang tidak mencukupi.

sekian WA

Hizb

Salam


apa pandangan ahli panel tentang hizb2 spt ...


Hizib Bahar oleh As-sayyid asy-Sayiakh Abil Hasan Asy-Syadzili

Hizib Nasar oleh Syaikh Abil Hasan Asy-Syadzili, juga oleh Al-Imam Abdullah bin Alawi Al-Haddad.

Hizib An-Nawawi oleh Al-Imam An-Nawawi

Hizib Wiqayah oleh Ibn Arabi

Hizib Autad dsb


Adakah hizb2 nie sesuai dgn Sunnah?

Betul ker Imam Nawawi Rhm juga menyusun Hizb2 nie..?


Jzkk


********

thtl


Wassalam


al-Jawab:


Hizib adalah himpunan zikir dan do'a yang dinisbahkan kepada pengumpulnya atau tokoh yang memperkenalkan hizib tersebut. Kami tidak boleh memberi komen terbuka kepada hizib yang anda senaraikan kerana ia melibatkan sensitiviti kumpulan tareqat yang mengamalkan hizib-hizib tersebut dan hizib itu adalah popular di tanah air kita sejak sekian lama.


Apa yang boleh kami katakan, hizib ni ada yang dikarang sendiri oleh tokoh2 tareqat dan ada hizb yang cuma menghimpunkan dari al-Qur:an dan hadith-hadith sahih. Kami amat menyarankan anda beramal dengan hizib yang hanya dihimpunkan dari al-Qur:an dan asSunnah oleh tokoh2 yang terkenal dengan perjuangannya menegakkan sunnah antaranya Kalim Tayyib oleh Imam Ibn Taymiyah, Wabil asSayyib oleh Ibn Qayyim, al-Azkar oleh Imam Nawawi, mereka ini tidak mengarang dan mengadakan zikir atau do'a yang baru, cuma menghimpunkan dari al-Qur:an dan hadith sahaja. Hizib generasi baru antaranya oleh al-Albani (sahih al-Azkar) dan Hisnul Muslim oleh Dr al-Qahthani dari Jordania.


Apakah hizib yang dikarang oleh tokoh tareqat itu sesuai dengan sunnah? Itu kami serahkan kepada anda sendiri, dapatkan naskhah asli Hizib tersebut dan padankan dengan Hizib yang kami senaraikan di atas. Kemungkinan ada persamaan dan ada yang anda tidak pernah lihat. Jika demikian sudah tentulah dia tidak selari dgn sunnah.


Imam nawawi diketahui menyusun kitab al-Azkar, hizibnya yang sudah maklum. Manakala Hizib Nawawi yang didakwa itu sanadnya adalah dari sanad Asia Tenggara dan kami tidak yakin ia suatu sanad yang bersambung kepada Imam Nawawi. Maka lebih selamat kita iktiraf hanya al-Azkar merupakan hizib anNawawi yang autentik dinisbahkan kepada beliau. sekian


*************

kamin

Panel Feqh


Quote:

Betul ker Imam Nawawi Rhm juga menyusun Hizb2 nie..?


Hizb Nawawi merupakan amalan yang di popularkan oleh Syeikh Muhammad bin Umar bin Ali atau lebih dikenali dengan nama Syeikh Nawawi Banten (1815-1897), ulama Jawi (Nusantara).




Nawawi Banten


Syekh Nawawi Banten memiliki nama lengkap Abu Abd al-Mu’ti Muhammad ibn Umar al- Tanara al-Jawi al-Bantani. Ia lebih dikenal dengan sebutan Muhammad Nawawi al-Jawi al-Bantani. Dilahirkan di Kampung Tanara, Serang, Banten pada tahun 1815 M/1230 H. Pada tanggal 25 Syawal 1314 H/1897 M. Nawawi menghembuskan nafasnya yang terakhir di usia 84 tahun. Ia dimakamkan di Ma’la dekat makam Siti Khadijah, Ummul Mukminin isteri Nabi.


(petikan dari blog - http://ronny-sachrony.blogspot.com/2007/09/syekh-nawawi-al-bantani.html )

Pahala Kepada Mayyit

dalam RiyadusSalihiin bab162: Sedekah untuk mayyit dan mendoakan padanya no.945: menceritakan seorang anak yang mensedekahkan untuk ibunya, dan ditanya kepada nabi SAW adakah sampai pahalanya kepada si ibu, nabi SAW menjawab "ya."


dalam bab yang sama no.946, mengatakan bahawa apabila seseorang itu meninggal dunia, hanya 3perkara yang dibawa bersama.1.sedekah jariah.2.ilmu yang bermanfaat kepadanya.3.anak yang soleh.


soalan:


1.adakah sedekah jariah itu bermaksud sedekah yang dilakukan oleh anak-anak si mati dengan niat pahala sampai ke si mati....ATAUPUN sedekah yang dilakukan sendiri oleh si mati sebelum pemergiannya?

bagaimana pula jika orang selain anak meniatkan pahala sedekah untuk si mati tadi?adakah sampai pahalanya?dan apakah hukumnya?


2.(lebih kepada soalan bahas Arab.maafkan..)dalam matan hadith no.946 mengatakan "'Ilmun yantafa'u bihi". adakah bermaksud ilmu yang bermanfaat itu bermaksud...manfaat kepada orang lain ATAU manfaat kepada dirinya?

bolehkah ahli panel menerangkan lebih lanjut apakah yang dimaksudkan dengan 'ilmu yang bermanfaat dengan dirinya'?


mohon pencerahan..


wallahu'alam..



****************************

Postby kamin »

Wa’alaikumussalam


Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.


Matan Hadith dari Bab 162 dari kitab Riyadh al-Solihin:-


948- وعَنْ عائِشَةَ رَضيَ اللَّهُ عَنْهَا أَنَّ رَجُلاً قال للنَّبيِّ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم إنَّ أُمِّي افتُلتَتْ نَفْسُهَا وَأُرَاهَا لو تَكَلَّمَتْ ، تَصَدَّقَتْ ، فَهَل لهَا من أَجْرٌ إن تصَدَّقْتُ عَنْهَا ؟ قال : « نَعَمْ ». متفقٌ عليه .


949- وعن أبي هُرَيْرَةَ رَضيَ اللَّه عَنْهُ أنَّ رسُول اللَّهِ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم قال : « إذا مَاتَ الإنسَانُ انقطَعَ عمَلُهُ إلاَّ مِنْ ثَلاثٍ : صَدقَةٍ جاريَةٍ ، أوْ عِلم يُنْتَفَعُ بِهِ ، أَوْ وَلَدٍ صَالحٍ يَدعُو له » رواه مسلم .


Soalan 1 : maksud sedekah Jariah – dari segi makna ulama mengatakan “sedekah yang pahalanya berterusan selepas mati, seperti wakaf, pembinaan masjid dan sebagainya, pahalanya wujud selagi barang yang disedekah itu wujud atau munafaat itu sujud”


Contoh, kebun buah-buah yang diwakafkan, selama mana buah-buahan tersebut berbuah, selagi itu dia mendapat pahalanya didalam kubur.


Begitu juga dengan hadith yang awal tadi. Sedekah yang dilakukan oleh anaknya, pahala diperolehi oleh ibubapanya yang telah mati.


Persoalannya, apakah selain dari anak yang melakukan sedekah atas nama is mati, apakah sampai pahala tersebut ? Dengan menggunakan rujukan yang sama, lihat bab sebelumnya, “bab do’a keatas mayat…….”. Disana Imam Nawawi rh ada menukilkan kata al-Imam al-Syafie rh:


قال الشَّافِعِيُّ رَحِمهُ اللَّه : ويُسْتَحَبُّ أن يُقرَأَ عِنْدَهُ شيءٌ مِنَ القُرآنِ ، وَإن خَتَمُوا القُرآن عِنْدهُ كانَ حَسناً

“Berkata Imam Syafie rh digalakkan membaca apa-apa dari al-Quran, dan jika khatam al-Quran disisinya, maka adalah lebih baik”


Ulama’ bersepakat mengatakan bahawa do’a dari seseorang kepada simati, tidak kira apa hubungan mereka, tetap sampai kepada simati. Dalil yang terbesar adalah Solat Jenazah, didalamnya terkandung do’a agar Allah swt mengampunkan dosa si-mati.


Sehubungan dengan itu, Dr Ahmad Syurbasi didalam kitabnya Yasalunak mengatakan bahawa apabila seseorang itu membaca al-Quran dan selepas itu berdo’a : Ya Allah, jika apa yang aku baca tadi mendatangkan pahala, maka hadiahkan pahala tersebut kepada simati. InSyaAllah, melalui DO’A, diharapkan pahala membaca al-Quran, atau apa sahaja pahala, seperti sedekah, dsb, sampai kepada si mati. WA.


Sila lihat tautan :


pahala bacaan al-quran kepada mayyit.


Soalan 2 : maksud – ( عِلم يُنْتَفَعُ بِهِ) ilmun yuntafa’u bihi – “ilmu yang memunafaat (keatas seseorang) dengannya” – berkata ulama’ - ilmu yang mendatangkan munafaat kepada orang lain, dan amalan itu ma’ruf (dikenali). Jika seseorang itu belajar dan mendapat faedah dari ilmu tersebut, maka selepas dia (si pengajar) mati, dia (si pengajar) akan mendapat pahala, tidak sekali-kali mengurangi apa-apa pahala darinya (si pelajar). Kerana sesungguhnya ini merupakan dalil kepada berkatnya ilmu dan faedahnya di dunia dan akhirat.


Secara ringkas, ia bermaksud sesuatu ilmu yang ‘baik’, apabila diajar kepada seseorang, dan orang tersebut dapat munafaatnya, maka selama-mana orang yang diajarkan itu mengamalkannya, selagi itu pahala akan sampai kekuburnya. Prinsipnya, ILMU tersebut bermunafaat dan orang lain yang belajar dan mengamalkannya mendapat FAEDAHnya. WA.


Sekian, wassalam

Makna Doa Ini

 Salam, artikel di bawah saya ambil dari satu blog, tolong berikan pandangan tentang artikel ini. Adakah betul seperti yg di maksudkan kata-kata dibawah ini, terima kasih.


------------------------------------------------------------------------


Berdoa Selepas Makan Kecuali Ketika Berbuka Puasa

Dalam Islam, doa sebelum makan hanya dibaca ketika berbuka puasa.


Ketika memulakan makan selain daripada berbuka puasa, Rasulullah s.a.w. hanya membaca “Bismillah….” dan berdoa selepas makan (doa memuji Allah yang memberikan makanan).



Diriwayatkan hadith dari Abi Said al-Khudri (r.a) berkata: ‘Adapun Nabi s.a.w. ketika sudah selesai makan dan ketika telah selesai minum, Baginda membaca (doa) “Alhamdulillahillazi at’amana, wa-saqona, wa-ja’alana minal muslimin’ [Maksudnya: Segala pujian bagi Allah yang memberikan aku makan dan memberikan aku minum dan menjadikan aku orang Islam.' [Hadith at-Tirmidzi]


Doa seperti “Allahumma bariklana fima razaktana” sepatutnya dibaca selepas makan kerana “razaktana” bermaksud “telah memberi rezeki”. Bahasa yang digunakan adalah dalam bentuk “past tense” (telah memberi rezeki dan rezeki itu telah masuk ke dalam perut). Berdoa sebelum makan adalah amalan orang Kristian. Mereka membaca doa kesyukuran sebelum makan dan mereka berdoa “Dear God, we thank you for the food”


******************************************

Postby kamin »


Wa’alaikumussalam


Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.


Do’a sebelum makan yang jumhur mengatakan ia dibaca sebelum makan salah satunya adalah dari hadith :


إذا أكل أحدكم الطعام فليقل: " بِسم الله، فإن نسي في أوله فليقل: بِسمِ الله في أوله وآخره

“Apabila seseorang dari kamu memakan makanan maka hendaklah dia berkata : Bismillah, dan jika dia lupa membaca pada awalnya, hendaklah dia berkata : Bismillah fi Auwalihi wa Aakhirihi” [Hadith Riwayat Abu Daud, al-Tirmudzi].


Selain dari do’a ini, ada beberapa do’a yang dikhilafkan ulama kedudukan do’anya (sebelum atau selepas makan). Contohnya :


من أطعمه الله الطعام فليقل: اللهم بارك لنا فيه وأطعمنا خيراً منه

“Barangsiapa yang diberi makan oleh Allah dengan makanan maka hendaklah dia berkata : Ya Allah berkati kami dengannya, dan berilah kami makan yang lebih baik darinya” [Hadith Riwayat al-Tirmudzi].


Sebagai contoh Dr. Saed bin Ali bin Wahf Al-Qahthani meletakkan do’a ini dalam topik Do’a sebelum makan [lihat Hisnul Muslim, do’a # 179, ms 109]. Manakala Imam al-Nawawi rh meletakkan do’a ini didalam Bab : Apa yang hendak dibaca setelah selesai makan [lihat al-Azkar, ms 212. Dar Ma’rifah, Beirut].


Tidak benar mengatakan bahawa Do’a sebelum makan itu adalah amalan orang Kristian. Walaupun ia hanyalah perkataan Bismillah (seperti hadith pertama diatas), ia tetap do’a. Hanya kebetulan sahaja orang-orang Kristian berdo’a sebelum makan. Kita tidak boleh menolak amalan-amalan Islam dengan hanya beralasankan ia bersamaan dengan agama lain.


Tidak benar juga mengatakan secara umum bahawa kaifiat membaca do’a itu dibuat kerana (verb) fa’ilnya menunjukkan telah berlaku (past tense) . Sebagai contoh, do’a sebelum berbuka juga mengandungi perbuatan yang telah berlalu (past tense), misalnya :


ذَهبَ الظَّمأُ، وابتلَّت العروقُ وثَبَتَ الأجرُ إنْ شاء الله

“Telah pergi kehausan, urat-urat telah basah, telah tetap pahalanya, dengan izin Allah”


Do’a yang menggunakan fa’il madhi (past tense) adakalanya menunjukkan penegasan. Misalnya :


من كان آخر كلامه لا إله إلا الله دخل الجنة

“Barangsiapa yang pada akhir kalamnya berkata : Tiada Tuhan melainkan Allah, masuk syurga” [Riwayat Abu Daud dan al-Hakim].


Perkataan “Dakhala” bermaksud “Telah masuk”. Mana mungkin orang yang hampir mati ucapkan kalimah tauhid sudah masuk syurga,tetapi ia menunjukkan penegasan bahawa barangsiapa yang berkata “Lailahailallah” pasti masuk syurga dengan izin Allah.


Kesimpulannya, berdo’a sebelum makan memang wujud didalam Islam, iaitu yang mashyur bacaan Bismillah. Boleh juga membaca do’a-do’a lain itu sesudah berbuka atau sesudah makan sebagaimana yang dianjurkan oleh Imam Nawawi rh. WA.


Sekian, wassalam

Kenduri Arwah dan Solat Jenazah

 Salam,


Telah diketahui yang acara tahlil setelah kematian adalah BID'AH..Tapi bagaimana pula sekiranya keluarga terdekat menyediakan makanan untuk keluarga simati dan tetamu yang datang ketika mayat masih berada di rumah(belum dikebumikan)?


Benarkah dakwaan sekiranya 40 orang yang bersolat jenazah,jenazah tersebut akan terlepas dari azab kubur?Sertakan dalil pls....


***********

thtl


Wassalam


al-Jawab:


1. Keluarga terdekat atau jiran menyediakan makanan kepada keluarga si mati.


Ulasan: Ia merupakan sunnah, perbuatan terpuji dan mengiratkan hubungan kekeluargaan di sa'at musibah walaupun mayat masih terbaring atau sesudah mayit sudah dikebumikan. Dalil hadith:


اصنعوا لآل جعفر طعاما فقد أتاهم ما يشغلهم أو أمر يشغلهم


Dari Abdullah bin Ja'afar, bahawa Nabi saw bersabda " buatlah makanan untuk keluarga Ja'afar kerana ia sedang dilanda kesibukan yang getir." HR Termidzi, Ibn Majah dan Abu Daud serta Ahmad, dinilai sahih oleh al-Albani (sahih Ibn Majah (1316)



التلبينة مجمة لفؤاد المريض ، تذهب ببعض الحزن

terjemahnya: dari Aisyah ra:

"Talbinah menghibur dada pesakit dan menghilangkan sebahgian dari kesedihan" (Bukhari-Muslim, sahih Bukhari (5417)

*Talbinah= sejenis makanan orang arab


2. Bilangan pesolat mayyit 40 orang


رسول الله عليه وسلم يقول " ما من رجل مسلم يموت فيقوم على جنازته أربعون رجلا ، لا يشركون بالله شيئا إلا شفعهم الله فيه "

terjemahnya: dari Ibn Abbas ra

" Tidak ada seorang muslim yg mati, kemudian disolatkan oleh 40 lelaki yang tidak berbuat syirik kepada Allah sedikitpun, kecuali Allah akan beri syafa'at kepada mayyit tadi melalui mereka." [sahih Muslim (948)]


Mana nak cari sekarang 40 orang ahli tawhid dalam sebuah kampung atau pekan? WA

Mohon Bantuan Menjawab Zikir Berjemaah

 Mohon Bantuan tuan menjawab hujah-hujah berikut mengenai zikir/wirid berjemaah lepas solat - dalam satu forum lain.

==============================================

Hadis bab zikir berjemaah tu ada banyak. Kamu cari kamu akan jumpa. Saya bukan bertugas utk memuaskan hati kamu. Antaranya spt dibawah:

Sheikh Allamah Musnid Prof. Dr. Ali Jum'ah (Mufti Mesir) mengatakan (dalam buku beliau "Al-Bayan") bahawa: " Berhimpun untuk melakukan zikir secara berjemaah dalam satu halaqah (perhimpunan) merupakan suatu amalan yang sunnah, yang bersandarkan dalil syarak yang mulia.

"Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: "Bersabarlah kamu (tekunlah kamu) takkala bersama dengan orang-orang yang yang menyeru kepada Tuhan mereka (berdoa dan berzikir), samada petang ataupun pagi, dalam mengharapkanNya..." (Al-Kahfi: 28)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya, bagi malaikat itu, sekumpulan malaikat yang berlegar-legar dalam mencari ahli zikir. Maka, apabila mereka (malaikat) mendapati satu kaum berzikir kepada Allah s.w.t., mereka (malaikat) akan berkata (kepada sesama para malaikat yang lain): "marilah segera kepada hajat kamu (apa yang kamu hajati)" Maka, mereka menaungi golongan yang berzikir (secara berjemaah tersebut) dengan sayap-sayap mereka sehingga ke langit dunia..." Al-Hadis. (riwayat Al-Bukhari).

Dari Mu'awiyah r.a. telah berkata, bahawasanya Nabi s.a.w. pernah keluar menuju ke halaqah para sahabat Baginda s.a.w.. Lalu, Baginda s.a.w. bertanya (kepada para sahabat yang berhimpun tersebut): "Apa yang menyebabkan kamu semua duduk berhimpun ini?" Mereka menjawab: "Kami duduk untuk berzikir kepada Allah s.w.t., memujiNya terhadap nikmatNya takkala Dia memberi hidayah kepada kami dalam memeluk Islam..." sehinggalah sabda Nabi s.a.w.: "Sesungguhnya Jibril telah datang kepadaku dan memberitahuku bahawa Allah s.w.t. berbangga terhadap kamu di hadapan mara malaikat" (hadis riwayat Muslim)

Dari Abi Hurairah r.a. telah berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Tidaklah duduk sesuatu kaum, akan suatu majils untuk berzikir kepada Allah, melaikan para malaikat akan menaungi mereka, akan terlimpah rahmat ke atas mereka, dan Allah s.w.t. juga akan memperingati mereka..." (hadis riwayat Muslim)

Imam An-Nawawi dalam syarah beliau mengatakan bahawa: "hadis ini menunjukkan tentang kelebihan majlis-majlis zikir dan kelebihan orang-orang yang berzikir, serta kelebihan berhimpun untuk berzikir beramai-ramai.

-tamat ringkasan nukilan-

Demikianlah ringkasan daripada fatwa guru kami, Dr. Ali Jum'ah, yang merupakan Mufti Negara Mesir sekarang. Semoga Allah s.w.t. memberi manfaat dengan ilmu beliau kepada seluruh umat Islam.

Kata2 Imam Syafie tu lebih difahami oleh ulamak Mazhab Syafie. Kamu cari apa yg dikatakan oleh Imam An-Nawawi, As-Subki dll Ulamak Mazhab Syafie terhadap kalam Imam Syafie itu. Ianya bukan spt yg difahami oleh kebanyakan org yg spt sdr.

Sdr boleh lihat di sini utk membantu pemahaman sdr:

http://al-subki.com/v1/index.php?option=com_content&task=view&id=34&Itemid=26

Kat cni bukan forum yg khusus bincang bab fiqh wahabi, aqidah songsang wahabi dll.

Kalau nak tahu serba sedikit berkenaan wahabi sdr boleh rujuk kat cni:

http://al-subki.com/v1/index.php?option=com_content&task=view&id=70&Itemid=26

Dan kalau nak tahu asal usul Pengasas Wahabi dari mana, sila lihat kat cni:

http://geocities.com/traditionalislam/hadith_najd_kebenaran_yang_digeruni.htm


****************

thtl

al-Jawab:


1. Kami mengambil masa yang lama untuk menjawab soalan anda. Ini kerana isu zikir jama'iy dan gerakan Wahabi telah banyak dipaparkan di AAN. Jika anda rajin melayari archive AAN, isu zikir jama'iy dan Wahabi amat mudah dimengerti. namun kerana kami tahu anda tidak mempunyai banyak masa untuk melayari laman web kami, maka kami akan jawab secara ringkas sahaja.

2. Isu Zikir Jama'iy yang menjadi pertikaian antara golongan syafi'iyah nusantara yang bertopengkan laman web al-Subki.

Kita hendaklah kembali kepada istilah Zikir Jama'iy tu apakah gerangan ia?

Dalam istilah kami, Zikir jama'iy ialah zikir secara berkoir atau serentak di bawah satu ketua yang dikenali sebagai khalifah majlis atau juga tanpa ketua. Ia dilakukan secara serentak dan kemungkinan disertai dengan hayunan badan dan lenggok kepala dsbnya melantunkan rangkap2 zikir yang tertentu.

Inilah zikir jama'iy yang menjadi isu kerana zikir berkoir di bawah pimpinan khalifah majlis begini tidak dikenali di zaman salaf. Ia muncul pada tahun 216H di zaman pemerintahan al-Makmun dan dikembangkan oleh golongan sufi dan tareqat (Dr Nasyr 'Aql, KSA, Dirasat fil Ahwa' (282)

Manakala jika ada majlis zikir dan masing2 berzikir secara individual bukan dalam bentuk berkoir, maka tidak ada tegahan dan itulah nas-nas yang anda petik dalam laman web tsb.

3. Laman2 web yang anda cite yang ada nama al-Subki adalah aliran kaum tua atau tradisional yang mempunyai sengketa yang panjang dan berdarah. Ia adalah sengketa yang tak berkesudahan antara kaum tradisionalis atau madhabik dengan gerakan pembaharuan Arab saudi pimpinan Imam Muhammad Abdul Wahab. AAN tidak ada kena mengena dengan percakaran yang panjang ini. sekian WA

Mendoakan Ibu Bapa Yang Bukan Islam

 Salam


Boleh tak seorang muslim convert mendoakan ibu bapanya yang non-muslim sebagaiman doa yang termaktub di dalam Al Quran...Rabbighfirli waliwadayya warhum......dan seterusnya.


1) semasa ibu bapa nya masih hidup?


2) Ibu bapanya sudah meninggal dunia?


**************

thtl


Wassalam


Tidak boleh , bahkan diharamkan seseorang muslim mendoakan orang kafir dengan doa memohon pengampunan dan seumpamanya walaupun mereka itu adalah kedua ibu bapanya samada semasa hidup ataupun selepas matinya (jika semasa matinya ia masih tetap tidak beriman kepada Allah swt) , berdalilkan maksud firman Allah swt dalam surah at-Taubah ayat 113 :


“Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang Yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka Bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli neraka”.


Akan tetapi yang dibolehkan oleh seseorang Muslim ialah mendoakan agar orang kafir tersebut diberikan hidayah untuk menerima Islam , lebih-lebih lagi kepada kedua ibu bapa yang masih belum menerima Islam.


WA


Rujukan :

Tashih ad-Dua , As-Syeikh Bakr bin Abdullah Abu Zaid , Dar al-‘Asimah , 1999

Doa Istikharoh

 Salam


Boleh tolong nyatakan doa istikharah yg ma'thur.


terima kasih.



************

izrail

Panel Feqh


Bismillah

Wassolatu wassalam 'ala Rasulillah SAW,


Doa istikharah yang ma'thur adalah seperti yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari:


عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُعَلِّمُنَا الِاسْتِخَارَةَ فِي الْأُمُورِ كُلِّهَا كَمَا يُعَلِّمُنَا السُّورَةَ مِنْ الْقُرْآنِ يَقُولُ إِذَا هَمَّ أَحَدُكُمْ بِالْأَمْرِ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ مِنْ غَيْرِ الْفَرِيضَةِ ثُمَّ لِيَقُلْ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيمِ فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلَا أَقْدِرُ وَتَعْلَمُ وَلَا أَعْلَمُ وَأَنْتَ عَلَّامُ الْغُيُوبِ اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الْأَمْرَ خَيْرٌ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي أَوْ قَالَ عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الْأَمْرَ شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي أَوْ قَالَ فِي عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِي عَنْهُ وَاقْدُرْ لِي الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ أَرْضِنِي قَالَ وَيُسَمِّي حَاجَتَهُ


Diriwayatkan dari Jabir bin Abdullah r.a : Rasulullah Saw telah mengajarkan kepada kami mengenai sembahyang Istikharah di dalam banyak perkara. Sebagaimana yang telah baginda Saw ajarkan kepada kami satu surah dari surah-surah Al Quran. Baginda Saw bersabda: "Apabila salah seorang daripada kami mempunyai satu keinginan, hendaklah dia membuat sesuatu, hendaklah dia melaksanakan sembahyang dua rakaat, selain dari menunaikan sembahyang fardhu. Kemudian berdoalah: wahai Tuhan Kami! Aku beristikharah kepada-Mu dengan ilmu-Mu dan aku memohon kekuatan dan kudrat-Mu. Dan aku memohon kepada-Mu dari limpah kebesaran-Mu. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Berkuasa dan aku tidak berkuasa. Engkaulah yang Maha mengetahui dan aku tidak mengetahui dan Engkaulah yang Maha mengetahui perkara-perkara ghaib. Wahai Tuhan kami! sekiranya Engkau mengetahui bahawa perkara itu adalah baik bagiku dan agamaku, kehidupan dan kesudahanku (atau dengan kata yang lain) pada perkara yang sedang dan yang akan mendatang, maka taqdirkanlah ia untukku, permudahkanlah ia kepadaku, dan berkatilah kepadaku dengannya. Dan jika Engkau ketahui bahawa urusan itu adalah buruk bagiku dan agamaku, kehidupan dan kesudahanku (atau dengan kata yang lain) pada perkara yang sedang dan yang akan mendatang, maka Engkau jauhilah ia dariku dan hindarkanlah aku darinya. Dan berilah aku kebaikan dimana sahaja kebaikan itu berada kemudian Engkau redhailah aku, "Sabda baginda Saw lagi: "selepas itu, sebutlah hajatmu."


Wallahu'alam


Ayat-ayat Pendinding

 Assalamualaikum wbt Syaikh2 kat sini,


Nak tau amalan2 yang mengikut sunnah untuk melindungi harta benda (rumah, kilang, ladang, kedai dan sebagainya) dari manusia2 yang jahat, jin setan dan sebagainya.


Yang berupa ayat2 tertentu ka, doa2 or zhikir2 yang shahih.


serta kalau boleh bagi rujukan dan kitab2 yang bersangkutan.


Sudah tentu, yang pertamanya mestilah berusaha mengadakan sistem kawalan yang baik (pagar, alarm, guard dsbnya).


Segala jawapan diucapkan ribuan terima kasih,


Shah,


*************

Abu_Umair

Panel Feqh


بسم الله

والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد


Antara doa yang warid untuk mendapat penjagaan Allah pada diri, agama, keluarga, harta benda ialah:


اللَّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِى الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ اللَّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِى دِينِى وَدُنْيَاىَ وَأَهْلِى وَمَالِى اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِى وَآمِنْ رَوْعَاتِى اللَّهُمَّ احْفَظْنِى مِنْ بَيْنِ يَدَىَّ وَمِنْ خَلْفِى وَعَنْ يَمِينِى وَعَنْ شِمَالِى وَمِنْ فَوْقِى وَأَعُوذُ بِعَظَمَتِكَ أَنْ أُغْتَالَ مِنْ تَحْتِى


maksudnya: Ya Allah, Sesungguhnya aku memohon keselamatan di dunia dan akhirat. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kekemaafan dan keselamatan dalam agamaku, duniaku, keluargaku, dan harta bendaku. Ya Allah, tutuplah keaibanku, dan tenangkanlah rasa ketakutanku. Ya Allah, jagalah aku dari sudut hadapanku, dari sudut belakangku, sebelah kananku, sebelah kiriku, dan dari sebelah atasku. Dan aku meminta perlindungan dengan keagonganMu daripada aku terpedaya dari arah bawahku (yakni: dari tertimbus dalam bumi).


Kata Ibn Umar: Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan doa ini ketika petang dan pagi. HR: Abu Daud (no: 50076), Ahmad (no: 4785).


Selain itu ada banyak lagi doa-doa lain yang diajar Nabi SAW. Boleh rujuk buku kecil: Hisnul Muslim susunan al-Qahtaniy.

Wanita Haid Ziarah Kubur

 Salam


bolehkah wanita haid pergi kekubur atau mengiringi jenazah ke kubur?mohon penjelasan.



************

Abu_Umair

Panel Feqh


بسم الله

والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد


Tiada perbezaan hukum antara wanita haidh dan wanita tidak haidh dalam permasalahan ziarah kubur.


Sesetengah ulama melihat: harus ziarah kubur, baik lelaki atau wanita. Maka ia merangkumi wanita haidh dan wanita suci. Kerana umum hadis:


"Aku dahulu melarang kamu menziarahi kubur. Maka ziarahlah ia". HR Muslim (no: 977).


Dan kerana ada hadis bahawa Aisyah r.a. pernah menziarahi kubur saudaranya Abdul Rahman. Apabila ditanya, jawabnya: Dulu Nabi melarangnya, kemudian memerintahnya.

HR Baihaqi (no: 6999), Al-Hakim dlm Mustadrak (no: 1392).


Sesetengah ulama pula cenderung kepada larangan wanita menziarahi kubur, kerana hadis "Allah melaknat wanita2 yang banyak menziarahi kubur".

HR Tirmizi (no: 1056) katanya: Hasan Sahih.


Bagi mereka yang cenderung pendapat ini juga tidak membezakan antara wanita haidh dan wanita suci.


Wallahu A'lam.


Boleh juga dengar penerangan SS Mufti Perlis.

http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=44100

Berzikir Untuk Syaitan

 Salam


Saya pernah diberitahu oleh beberapa rakan saya bahawa sekiranya kita menyanyi dalam bilik air atau tandas,kita sedang berikir kepada Syaitan. Adakah ia benar?


Terima kasih


*************

kamin

Panel Feqh


wa'alaikumussalam


Alhamdulillah, Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.


Tidak pula kami berjumpa dengan dalil yang mengatakan bahawa "menyanyi dalam bilik seperti kita berzikir kepada syaitan". Umumnya sebagaimana yang kita tahu, tandas itu adalah tempat yang kotor, sudah tentu Jin dan Syaitan amat suka kepada tempat tersebut. Sebab itu Nabi saw mengajar kita agar membaca do'a sebelum masuk tandas, riwayat dari Anas ibn Malik ra. berkata :-


اللهم إني أعوذ بك من الخبث والخبائث

"Apabila Rasulullah masuk tandas, baginda akan membaca : Ya Allah Aku memohon perlindungan kamu dari syaitan jantan (al-Khubuthi) dan syaitan betina (al-khabaaith)" [Hadith Riwayat al-Bukhari #142, Muslim #375].


Dikalangan ulama' memakuhkan (termasuk Ali bin Abu Thalib ra. memakruhkan membaca al-Quran, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn Abi Daud) menyebut nama-nama Allah didalam tandas. Kemungkinan jika nyanyian itu mengandungi asma al-Husna, sudah tentu ia diteguh dari menyanyikan lagu tersebut didalam tandas. Begitu juga ulama' memakruhkan mereka memberi salam kepada mereka yang membuang hajat di tandas. Sabda Nabi saw :-


إِذَا رَأَيْتَنِي عَلَى مِثْلِ هَذِهِ الْحَالَةِ فَلَا تُسَلِّمْ عَلَيَّ فَإِنَّكَ إِنْ فَعَلْتَ ذَلِكَ لَمْ أَرُدَّ عَلَيْكَ

"Jika kamu melihat ku didalam keadaan ini, jangan memberi salam kepadaku, kerana jika kamu lakukan, aku tidak akan membalas salam kamu" [Riwayat Ibn Majah #346].


Jumhur ulama' memakruhkan bercakap didalam tandas, maka termasuklah menyanyi atau terjerit-jerit didalam tandas. Cuma hadith khas melarang nyanyian didalam tandas tidak dijumpai.


(Ada dikalangan ulama' yang terlalu amat mementingkan masa, sehinggakan apabila berada didalam tandas, mereka masih lagi menyuruh anak murid atau anak mereka membaca kitab2, dan mereka mendengar didalam tandas; seperti Al-Majd Ibn Taymiyah, datuk kepada Ibn Taimiyah, menyuruh anaknya membacakan kitab [Ibn al-Qayyim, Rawdat al-Muhibbin, ms 65] begitu juga Imam Abu Haatim al-Raazi menyuruh anaknya Abdul Rahman membacakan kitab [Siyar A'laam al-Nubala’, 13/251. ]. Pada dasarnya, mendengar bacaan tersebut dibolehkan.) WA.


Sekian, wassalam

Ketika Menghadapi Kematian

 Berikut adalah soalan ringkas...


Apakah pandangan AQ/sunnah bg perkara berikut.


1. Membaca AQ/Yasin semasa nazak

2. Membaca AQ/Yasin disamping jenazah


Sebagai seorang pejuang sunnah, apakah yang wajar dilakukan apabila berlaku kematian pada ahli keluarga terdekat yg disegani dimana kawasan yang didiami sudah mangli dgn amalan spt talkin, yasinan, kenduri arwah.


1. Apabila jenazah dikuburkan, rakan2 jenazah (org2 tua la) nk buat talkin. Wajarkah kita join atau leave atau halang?


2. Apabila rakan2 tersebut bertanyakan ttg tahlil dan kenduri arwah pd mlmnya, apa patut jawab?


**************

thtl


al-Jawab:


Membaca AQ dan berasapnya kemenyan adalah adat Melayu untuk menunjukkan bahawa di rumah itu berlaku kematian dan dua upacara itu diujudkan utk menimbulkan suasana kematian dan kesayuan. Lajnah Daimah dan Ifta' KSA memfatwakan amalan membaca


Al-Qur:an atau Yasin itu tidak ada asalnya dalam kehidupan generasi awal. AQ adalah untuk orang hidup sedangkan orang mati sudah masuk ke alam yang lain. Jika ia terus menerus diamalkan, manusia akan beranggapan AQ adalah untuk orang mati.


Sikap pejuang sunnah Muhammad saw dalam menghadapi bid'ah janaiz ialah melihat apakah ia memiliki kemampuan (kuasa) dan apakah yang ingin dirubahnya tidak menimbulkan kekecohan di kalangan masyarakat dan kaum keluarganya. Jika dikhuatiri ada masalah, maka lebih baik dia tidak melakukan apa-apa memandangkan masyarakat belum betul2 terdedah dgn sunnah dan bid'ah.


1) Talqin bukanlah bid'ah yg mungkar, bahkan ia dianjurkan dalam madzhab Syafi'iy. Pejuang sunnah tidak berkeras dalam isu-isu yg diamalkan oleh madzhab sunni, memandangkan mereka memiliki hujah walaupun kecil atau lemah.


2) Kenduri arwah dan tahlilan memang tidak ada dasar dan tidak dianjurkan oleh madzhab yg empat pun. Jika anda memiliki kuasa dan kemampuan lebih baik dihentikan. Backlashnya ialah isu ini akan sampai kepada Imam kampung/qaryah dan sudah tentu isu wahabi dan salafi akan muncul. Maka jawapan yang baik ialah ahli keluarga perlukan masa untuk berehat dan bertenang dan membatalkan tahlil dalam sehari dua...

sekian

Siram Air Di Kubur

 Salam


saya cuba cari bab tentang menyiram air/air bunga/air yang dibaca ayat2 al-quran ke atasnya, namun tak jumpa jadi saya rasa ini bukan soalan ulangan. Saya nak tahu dari mana datangnya dalil sahih atau tidak tentang perbuatan ini. kerana saya lihat ia seolah-olah menjadi kebiasaan lebih-lebih lagi dengan ramainya orang mati dilihat di dada-dada akhbar dengan menunjukkan siraman air tersebut.


terima kasih.


************

Abu_Umair

Panel Feqh


بسم الله

والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد


Sebahagian ulama mengatakan sunat disiram kubur selepas pengkebumian, kerana berdalilkan beberapa hadis. Namun semua hadis2 dalam bab ini adalah dhaif. Antaranya:


1) Hadis: Renjisan ke atas kubur berlaku pada zaman Rasulullah SAW.

HR: Baihaqi (no: 6530). Kata Albani dalam Irwa' 3/206: sanadnya sahih, dan ia mursal.


2) Hadis: Bahawa Nabi SAW merenjis ke atas kubur anknya Ibrahim, dan meletak di atasnya anak-anak batu.


HR Baihaqi (no: 6531). Kata Ibn Hajar dalam Talkhis 2/133: mursal.


3) Hadis Jabir: "Direnjis ke atas kubur Nabi SAW, dan orang yang merenjisnya ialah Bilal Bin Rabah. Beliau memulakan dari sebelah kepalanya...".

HR: Baihaqi (no: 6534). Kata Ibn Hajar dalam Talkhis 2/133: Dalam sanadnya ada perawi bernama Waqidi (seorang yg ditohmah).


Manakala ulama yg mengatakn tidak masyruk merenjis air adalah kerana tiada dalil sahih dalam amalan ini.


Wallahu A'lam.


Rujukan:

- Talkhis Habir

- Irwa' Ghalil

- http://www.islamtoday.net/questions/show_question_content.cfm?id=332

Berdoa Dengan Lafaz Jamak

Salam


ade satu kemusykilan...


1) jikalau kita berdoa seorg, bolehkah kite berdoa di dlm bentuk jama'?Ini adalah krn byk doa dr nabi dan al-quran adalah di dlm bentuk jama'. Adakah perlu ditukar kpd bentuk mufrad?


2) klu berdoa berdua pula (cth: dgn isteri), adakah perlu pula berdoa dlm bentuk muthanna?jika perlu,bagaimana bg mereka yg tiada/kurang pengetahuan di dlm bahasa arab?Adakah boleh berdoa dlm bentuk jama'?


terima kasih.


**************

Abu_Umair

Panel Feqh


بسم الله

والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد


Quote:

1) jikalau kita berdoa seorg, bolehkah kite berdoa di dlm bentuk jama'?Ini adalah krn byk doa dr nabi dan al-quran adalah di dlm bentuk jama'. Adakah perlu ditukar kpd bentuk mufrad?


-Tidak ada sebab samada dari sudut lughah atau syarak, untuk kita menggunakan lafaz jamak ketika berdoa berseorangan.


i- lughah: Jamak digunakan untuk 2 orang ke atas, atau untuk menunjukkan kebesaran dirinya (spt: Allah menggunakan perkataan 'kami').


ii- syarak: Doa-doa Nabi SAW secara bersendirian, baginda melafazkannya secara mufrad, bukan jamak. Lihat doa baginda ketika:


-bacaan iftitah. Kata Ibn Taimiyyah: hadis sahih ini jelas menunjukkan baginda berdoa untuk dirinya sendiri.


-Iktidal.

-antara dua sujud, hadis Huzaifah.

-Tasyahhud akhir. Kata Ibn Taimiyyah: Semua hadis2 tentang doa baginda selepas tasyahhud akhir ialah dengan lafaz mufrad.

-Doa ketika masuk tandas.

-Doa istikharah, lafaz mufrad. Bukhari (no: 1109).


Adapun doa2 Nabi secara jamak, baginda lakukan apabila berdoa untuk maslahat umum, baginda dan sahabat2. seperti:


-Doa minta turun hujan. "Wahai Tuhan, hujanilah kami". Bukhari (no: 967),

-Doa ketika hujan lebat, "Wahai Tuhan, jadikan ia di sekeliling kami, bukan (bencana) ke atas kami". Bukhari (no: 967), Muslim (no: 897).


Cuma, doa-doa daripada al-Quran, yg pada asalnya dalam bentuk jamak, boleh dibaca dalam bentuk jamak walaupun kita berseorangan. Kerana meraikan lafaz Quran, dan lafaz Quran lebih memberi kesan kepada si pendoa.

Jika diubah kepada mufrad pun, harus hukumnya dengan syarat tidak menganggap ia sebagai Quran.


lihat jawapan: Dr Husain bin Khalaf (prof di Ummul Qura)

http://www.islamtoday.net/questions/show_question_content.cfm?id=38168


Quote:

2) klu berdoa berdua pula (cth: dgn isteri), adakah perlu pula berdoa dlm bentuk muthanna?jika perlu,bagaimana bg mereka yg tiada/kurang pengetahuan di dlm bahasa arab?Adakah boleh berdoa dlm bentuk jama'?


Dalam Bahasa Arab, kata ganti nama pertama (dhamir mutakallim), sama sahaja antara muthanna dan jamak. Iaitu :Nahnu, dan na.

Sebutan Takaballahu mina wa minkum

 Salam kepada panel al-ahkam @ rakan2.... kalu kita perasaan setiap kali hbs solat berjemaah dan setiap kali habis berjemaah imam dan makmum...